Penjara Hati Miss Yana

♥FYI : Tintaku♥

get this widget here

Tuesday, November 16, 2010

SIAPA SAHABAT ANDA??

Alhamdulillah..... 

Manusia hidup melalui proses,
Dari setitik air (AKU) menjadi segumpal darah..menjadi janin yang bersifat....bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, sakit dan mati... 

Jika nabi mempunyai 4 sahabat..maka kita pun mempunyai "sahabat" juga...iaitu Mata, Telinga, Hidung, Mulut, Kaki dan Tangan..setiap hari iannya bersama dengan kita...Sahabat ini boleh membinasakan dan juga bolehmengamankan.....

Kelima-lima sahabat ini akan tertakluk pada "hukum" jika memakai proses kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua tadi.......Namun dalam pencarian ilmu untuk kembali ke Tempat Asal ibarat kita "menghilir" dan "menghulu" sungai...... Menghilir adalah untuk kemajuan dalam kehidupan manakala menghuluuntuk sampai ke setitik air bagi kemajuan perjalanan "kerohanian" 

Asal Mata itu buta tapi jaga (sewaktu bayi)...tidak terpengaruh kepada apa yang ada di sekeliling..tetapi bila iannya telah tahu membezakan warna dan rupa maka tertakluklah ianya kepada hukum 

Asal Telinga itu pekak tapi mendengar (sewaktu bayi)..
Tidak terpengaruh kepada suara dan bunyi...tetapi bila ianya telah tahu membezakan suara dan bunyi maka tertakluklah ianya kepada hukum 

Asal mulut itu bisu tapi bersuara (sewaktu bayi)....
Tidak pandai berkata-kata hanya tahu bersuara apabila perlu sahaja...tetapi bila telah tahu berkata-kata maka tertakluklah iannya kepada hukum.... 

Asal Hidung itu untuk bernafas sahaja.(sewaktu bayi)..
Tidak pandai membezakan bau..tetapi bila ianya telah tahu membezakan bau maka tertakluklah ianya kepada hukum... 

Asal kaki dan tangan itu tidak "mencapai" (sewaktu bayi)....
Tetapi bila ianya telah tahu baik dan buruk maka tertakluklah ianya kepada hukum.. 

Ketenangan akan timbul jika memakai sifat "Bayi" tersebut....dan dalam pencarian Ilmu Ketuhanan gunalah/jadilah "Kanak-Kanak" yang berakhlak. 

Ibarat sebatang pokok, jika terlalu banyak dahan/rantingnya maka akan menghilangkan "batangnya"...kerana dahan telah hampir sama besarnya dengan batang pokok itu maka teruslah iannya menganggap dahan itu adalah batang pokok.........untuk mengaji sehingga ke benih ianya bukanlah mudah seperti mana ungkapannya....