Penjara Hati Miss Yana

♥FYI : Tintaku♥

get this widget here

Tuesday, January 31, 2012

we were in love – davichi – t ara



[Soyeon] uri saranghaetjana jebal nal ullijima..ojik naegen no hanappunya..
(we used to be love, please don't make me cry..to me, it's only you..)
[Haeri] nuneul gamado boyeo gwireul magadeo deullyeo.. 
(when i close my eyes, i see you-when i block my ears, i hear you..)
[Soyeon & Haeri] jebal nal ttonagajima..(please don't leave me..)


[Jiyeon] eoduwotdeon nae sarme bichi dweojun saram, neomuna seojunghan saram
(The person who became a light in my dark life, such a precious person)
[Minkyung] haru jinago, tto jinado, deo geuriwojyeo, I norael haneun jigeumdeo
(a day passes and long for you more, even as i sing this song)

[Soyeon] uri saranghaetjana jebal nal ullijima..
ojik naegen no hanappunya 
(we used to be love, please don't make me cry..to me, it's only you..)
[Haeri] nuneul gamado boyeo~ gwireul magadeo deullyeo~ 
(when i close my eyes, i see you-when i block my ears, i hear you..)
[Soyeon & Haeri] jebal nal ttonagajima~
(please don't leave me~) 
[Soyeon] doraolgoet gataseo,, dasi eoljji mollaseo,, eoneuldo neoreulGidaryeo..
(you might come back,, because you might return,, again today, i wait for you..)
[Minkyung] neoneun moreuji,, neon moreuji,, apahaneun nal, I norael haneunJigeumdeo..
(you don't know,, you don't know,, how much i'm hurting, even as i sing this song...)  

[Soyeon] uri saranghaetjana~jebal nal ullijima.. nal ddugo tteonagajima~
(we used to be love~ please don't make me cry..to me, it's only you..)
[Haeri] nuneul gamado boyeo~ gwireul magadeo deullyeo~
(when i close my eyes, i see you-when i block my ears, i hear you..)
[Soyeon & Haeri] jebal nal ttonagajima~
(please don't leave me~)

RAP[Minkyung]sessangwa neo deuljunge taekharamyeon hana
(if i where chose between youand the world)
nae jeonbul ppaesadeo Neoramutneunyeon nan joha
(even is everything is taken away from me, if it' you,i'm okay)
 najina bamina saranghae nang mongmareun ja
(day or night, i'm thirsty for love)
 neol Ijen itja ireon naui gatjanheun dajimi tto dasi nareul ullyeo deullyeo 
(My unseemly promise to forget you make me cry again, can you hear me?) 
[Hyomin] noege baraneungeon ojik neoya
The only thing i want from you is you)
neo eobsin amugeotdeo halseu omneun Naya
(without you, I can't do anything)
I norael deureumyeon jebal, neo deorawa, deorawa 
(if you hear this song, please come back, come back)

[Hyomin] saranghamyeon halsurok~ jeomjeom yawieoman ga~
ojik naegen neoHanappunya~ 
(the more i love~ the gaunter i get~ to me, it's only you~)
[Haeri] uri saranghaetjana~ jebal nal ullijima~ nal ddugo tteonagajima~ 
(we used to be love~please don't make me cry~ please don't leave me~)

2nd Rap[Hwayoung] yeah uh, uh, gyeolgeuk neon doraseo naneun tto magaseo
(yeah uh, uh, in the end, you turn away and keep me away)
jajonsimDa beorigeo michincheo neol ttaraseo
(i threw away my pride and like a crazy person, i follow you)
gaseumi doeryeo nareul dageuchigeo Malhasseo
(but my heart urged me on and told me)
Sesanghae hanappunin neol irchineun mallaesseo
(not to lose you, who is the only one in the world)
naneun tto eutneuncheo Geunyang meoljjeong hanchok
(i pretended to smile, pretended to be fine)
noege beuruneun majimak nauie I norae 
(this is the last song i am singing to you)

[Soyeon]jebal nal ttonagajima
(please don't leave me)

http://youtu.be/ZVHPKBlw4-0


Friday, January 27, 2012

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin




Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis


WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Sifat apa yang dikau tampilkan adalah keperibadianmu,maka renungkanlah pada unsur mana yang lebih baik itu dan berhati-hatilah dalam setiap gerak laku, tutur bicara dan pandangan fatamorgana… Sesungguhnya ambillah iktibar diari kehidupan wanita-wanita mulia di sisi para nabi utusan-NYA.
Jom hayati sedikit bait-bait lagu ni (^-^) cuba teka kumpulan nasyid yang  mendendangkannya dan tajukknya! 
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri







FAKTA SEBENAR LELAKI

FAKTA SEBENAR LELAKI



• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.



• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak

basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan

main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,

sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur

goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas

masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna

api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah

satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang

tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak

oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika

makanan itu di masak oleh wanita..


Antara sebab sebab lelaki memasak:

• Malas nak pegi kedai

• Hampir hampir pokai

• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired

• Mental theraphy

• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan

• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..





betul x?? hahahhahaha =D

(◠‿◠)

Thursday, January 26, 2012

Lelaki Nakal Lebih Diminati Wanita?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sesetengah perempuan berfikiran bahawa lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal yang dimaksudkan ini bukan yang pergi merompak itu tapi lelaki nakal yang dimaksudkan ini ialah lelaki nakal yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti berjenaka, bermanja dan banyak lagi.

Antara 5 sebab lelaki nakal lebih diminati:



1. Lelaki Nakal Lebih Yakin

Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.


2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi

Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain.

3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran

Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.

4. Lelaki Nakal Lebih Romantik

Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.


5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya

Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuesday, January 24, 2012

8 CARA MENJADI ISTERI DAMBAAN SUAMI

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari
dan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!



2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.



4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.



5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.



6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sunday, January 22, 2012

♥ 8 Alasan Terbaik Untuk Tolak Cinta ‘Bestfriend’ ♥

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.

2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu sememangnya tidak sesuai untuknya.

3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya, sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.

4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu. teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu. Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya

5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja, di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika. lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu

6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu kamu sampaikan.



7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu menolak cintanya.

8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan. berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji. sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.




!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 21, 2012

My Status : Single but Currently NOT available !!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum ...

Maaf yerr .. aq bukan nk promot status aq di khalayak ramai ..
tapi..
aq nak terus terang yg aq
ingin terus ber'status' ini..
smpai bila ??
biarlah masa yg tentukan..
lgpun jodoh mmg sudah t'tulis di loh mahfuz kan?



jd .. buat apa aq trma sesorang kalau aq sendri belum bersedia kn?
kejam la aq klu trima diorg hanya sekadar jd teman dikala sunyi..
utk apa da pasangn kalau hati tak da perasaan cinta?
lagipun.. aq hanya ingin menyintai sesorg selayaknya iaitu bakal suamiku kelak..
tak salah kan kalau itu impianku?



tak salahkan statement kt ats tuh ??
benarkan ada diantara kamu yang bersama pasangan tapi sebenarnya
hati tidak mencintainya?
mungkin anda dulu keliru diantara suka dgn peribadi dan layanannya
atau anda benar-benar menyintai dirinya
ketika hendak menerimanya sebagai pasangan anda..
jadi berlakulah statement di atas bila
ada yg tidak saling mencintai..

pernahkah aq mencintai sesorg??
tipu la klau aq ckp tak penah an..
yup!! aq pernah merasainya..
tapi mencintai tak semestinya diluahkan dgn kata-2 bukan?
aq sukar utk meluahkannya..
jd itu salah aq kerna dia sering keliru bahawa
adakah aq benar-2 menyintainya..
ia.. aq cintakan nya dlu...
tapi sekarang aq tak pasti sma ada aq masih atau perasaan itu tlh lupus
dr relung hatiku ini..
kerana..
hubungn kami yg rumit..
aq yg menciptakan keadaan sedemikian berlaku..
kerna aq tak mahu mnjd seperti pasangn yg berchenta skrg..
berpegangn tangan sedangkan dia belum halal utkmu..
dan batas-2 pergaulan yg tidak dijaga sepertimana selayaknya umat islam..
aq bukan alim .. aq juga pernah melakukan kekhilafan..
sama ada aq sedar atau tdak..
sapa aq utk menafikan jika
perasaan cinta , suka , sayang hadir terhadap lelaki
itu fitrah manusia yg sukakan seseorg yg berlainan jantina..
sbelum hadirnya dirinya atau aq gelarkn apek
aq telah single selama 16tahun..
percaya atau tdak t'serah kepada anda..
sayang kerana dia tak mampu mengikut rentakku..
jd hubungan kmi tak b'tahan lama..
aq tak salahkn dia..
mungkn telah t'tulis kmi tidak ada jodoh..
dan aq bkn wanita yg selayaknya utk dirinya..
skrg.. biarlah dia berbahagia disamping wanita lain..
dan dia telah pun bertemu sserong ..
bohong la.. kalau aq tak rasa apa-2..
tapi biarkan ianya menjadi rahsia hatiku..
termasuklah apa yg pernah berlaku diantara kmi..
lagipunn.. mencintai tak semestinya memiliki ..
skunk?
aq nk teruskan status single nehh..
hehehe ..
lgpun aq sedar diri..
banyak kelemahan dalam diri ini
aq tak cantik, tak hot , tak la pandai mana..
jd biarkan aq sebegini..
mungkin ini yg lebih baek utk aq..
tp 1 ja.. ingatlah..
aq juga manusia biasa yg punya perasaan..
tlg la kwn-2 dan membe-2ku sekalian...
 jgn jd match maker lak utk aq..
aq benci la..
itu akan wat aq rasa malu dan rendah harga diri..
aq bukan barang yg boleh dilelong kepada yg sudi..
jangan jdkn sejarah lalu berulang lg..
plsss....
sdeh tau bila ampa cuba satukan dgn org lain..
tetapi aq tak tau apa-2..
malah.. dye pun tak sukakan aq..
ampa lak memandai kata aq suka dia..
pk la..
bagaimana perasaan aq masa tu..
malu beb!! malu !!
bila aq diherdik dan dihina..
last-2 br aq tau pa yg t'jd sebenarnya..
tapi.. ada ampa trgkn blek kt dia duduk perkara sebenar ?
takkan?
umm.. dhla.. aq dh maapkn ampa..
jd.. skrg.. aq mmg bahgia dgn status aq nihh..
walau kadang-2 aq rasa sunyi..
hahahaa..
lantakla.. aq bukan tak da kawan.. twinx pun da..
wekkk .. spe twinx aq?
adalah.. mana leh gtau..xP




akhir kata:
haram bagi seorang lelaki mengambil seorang wanita sebagai kekasih jika bukan untuk mengahwininya..

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 20, 2012

MENGULIT KENANGAN



assalamualaikummussalam..

tetiba hari ini.. saya terasa rindu akan detik-detik dua tahun lepas..
sudah lama saya tak ada new post..
sebab??
saya tnggal di asrama..
itulah kali pertama saya melalui pelbagai onak duri
sebagai pelajar berasrama penuhh..
sudah beberapa hari tidak bertemu rakan-2 seperjuangan ..
sudah tentu rindu terhadap mereka menggamit diri..
tidak saya sangka ..
saya tidak kesorangan dalam menanggung rindu itu..
hahahaha...
malah mereka juga merindui dri saya..
perasan??
perlukah saya mempunyai sifat itu jika ianya benar..
bukan rekaan ye..
bukti??
baru-2 ini..
saya menerima 1 pesanan message ringkas
 dr salah seorang teman rapat saya..
apa kandungannya??
 -sudi-2 la membaca di bawah ini-

Tinggi2 gunung kinabalu..
tinggi lagi sayang kamu..
Biru2 muncung kinabalu..
bila jauh hati saya riindu..

saat membacanya.. saya terfikir..
dia ni sehad ke tak? buang tabiat ke??
dalam aty..
'waa.. terharunya..'

 'ingat aq sorang ja rasa rindu..'
dalam masa yang sma lak..
malu lak.. yela.. jiwang la pulak dye nehh.. xD


lepas itu,,
kami berbalas la sms ..
sudah lama tidak sms( act.. slalu gak)
 tak sempat utk saya...
membalas puisi utknya..
dengan alasan itulah saya menaip hari ini...
walaupun saya tidak pasti yang dia akan..
melihat n3 ini..
inikan pula membacanya..

puisi utkmu sahabat-2 saya sekalian..

Ada udang di atas batu
ada batu di dalam perahu
jangan engkau berkata begitu
aku juga rindu padamu..
biar kamu jauh dimata.. 

tapi jangan jauh dihati ya..xD






dengan ini..
saya sertakan sebuah foto sebagai penganti gambar sebenar..
salah sebuah aktiviti yang tak dpt saya lupakan..
saat bersamamu kalian..
ingatkah lagii??
di  Teratak Afrina









Thursday, January 19, 2012

♥ Duhai Sahabat Ku ·˙♥

Duhai Sahabat Ku ·˙♥

FRIENDSHIP is the rainbow
between two hearts sharing
seven colours: feelings, love,
sadness, happiness, truth, faith,
secret & respect. :)


Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI 
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN 
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN 



Bila ada orang MENASIHATIMU »» BUKAN bermaksud mereka LEBIH BAIK,
Bila ada orang MENASIHATIMU »» BUKAN bermakna mereka LEBIH 'ALIM,
Bila ada orang MENASIHATIMU »» BUKAN bererti mereka MENUNJUK PANDAI,
TETAPI semata-mata kerana mereka itu MENYAYANGIMU &
mereka MENGINGINKAN yang TERBAIK buat dirimu .. (✿◠‿◠)
Sejenak renung²kan ~ Jangan lupa BERSYUKUR ya !